kiraan zakat

6 Jenis Dan Cara Kiraan Zakat

Zakat menurut syarak bermaksud mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Hukum mengeluarkan zakat adalah fardhu ain kepada setiap individu muslim yang memenuhi syarat-syarat wajib zakat. Kiraan zakat adalah berbeza mengikut jenis-jenisnya. Terdapat 6 jenis zakat yang boleh dikenakan kepada umat Islam iaitu;

  1. Zakat Pendapatan                
  2. Zakat Perniagaan
  3. Zakat Wang Simpanan
  4. Zakat Saham
  5. Zakat KWSP
  6. Zakat Emas

Berikut merupakan cara kiraan bagi zakat-zakat di atas

Kiraan zakat pendapatan

Zakat pendapatan atau konsep al-mal al-mustafad bermaksud zakat diwajibkan ke atas mana-mana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang proses pertukaran (jual-beli) seperti gaji, upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain.

Nisab zakat pendapatan bersandarkan 85 gram emas. Kadar bayaran zakat pendapatan ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan kasar atau pendapatan bersih.

Sebagai contoh;

Kredit: Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Kiraan zakat perniagaan

Zakat perniagaan merupakan zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan.

Terdapat 3 kaedah pengiraan zakat perniagaan;

1. Kaedah 1: Modal Kerja

Kaedah ini sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat seperti Syarikat Berhad, Sdn. Bhd., Koperasi, Enterprise, Trading dan sebagainya di mana terdapat pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

Kredit: Pusat Pungutan Zakat MAIWP

2. Kaedah 2: Modal Berkembang

Kaedah ini sesuai digunakan bagi Institusi Kewangan dan Perbankan Islam, Takaful dan Syarikat Berhad di mana tiada pengkelasan Aset Semasa dan Liabiliti Semasa.

Kredit: Pusat Pungutan Zakat MAIWP

3. Kaedah 3: Untung Rugi Kaedah ini sesuai digunakan bagi jenis perniagaan yang tiada akaun atau penyata kewangan seperti peniaga kecil dan runcit contohnya pasar tani, pasar malam, restoran, kedai makan, gerai-gerai makanan dan minuman dan lain-lain perniagaan yang berkaitan

Kredit: Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Kiraan zakat wang simpanan

Sekiranya memenuhi syarat-syaratnya, wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, sama ada akaun simpanan tetap atau simpanan semasa, serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan adalah diwajibkan bayaran zakat.

Nisab zakat wang simpanan sama bersamaan nilai 85 gram emas. Zakat dikenakan adalah sebanyak 2.5% ke atas jumlah baki terakhir dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab.

PENGIRAAN ZAKAT WANG SIMPANAN

Simpanan Dalam Satu Akaun

Katakan seseorang mempunyai penyata simpanan seperti berikut:

Baki terakhir bagi keseluruhan tempoh dalam jadual di atas ialah RM91,000. Ia telah melebihi nisab dan genap setahun. Tahun haul dalam contoh ini dikira dari 01/01/20xx hingga 31/12/20xx.

Justeru, zakat Wang Simpanan:

= Baki Terakhir (Setahun) x 2.5%

= RM 91,000 x 2.5%

= RM 2,275

Kiraan zakat saham

Para ulama telah menetapkan bahawa saham itu wajib dizakatkan oleh kerana nilai dan kekayaan seseorang boleh dibentuk dengan aktiviti jual-beli atau memiliki saham.

Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.

Kredit: Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Kiraan zakat KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan.

Zakat adalah diwajibkan kepada caruman KWSP apabila ia dikeluarkan daripada simpanan tersebut. Ia adalah bersamaan dengan konsep zakat simpanan atau mata wang.

Nisab zakat KWSP adalah sama seperti nisab zakat wang yang lain iaitu 85 gram emas. Kadarnya ialah 2.5% daripada jumlah simpanan yang dibenarkan untuk pengeluaran (cukup syarat milik sempurna dan tertakluk kepada jenis-jenis pengeluaran)

Jumlah Wang KWSP yang dikeluarkan x 2.5%

contoh : RM20,000.00 x 2.5 %

Jumlah Zakat = RM500.00

Kiraan zakat emas

Kewajipan menunaikan zakat emas telah disebutkan secara jelas dalam kitab al-Quran yang bermaksud:

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): ?Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu? [At-Taubah (9): 34-35]

1.Emas Perhiasan Dipakai

Sebagai contoh, Wilayah Persekutuan telah menetapkan kadar uruf emas perhiasan sebanyak 800gram. Justeru sebarang pemakaian yang berulang ataupun sekali dalam tempoh setahun melebihi 800gram adalah wajib dikeluarkan zakat ke atasnya.

Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas yang perhiasan yang dipakai dalam tempoh setahun ialah 900 gram:

= Berat emas dipakai (jika melebihi nilai uruf Nota 1) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat

= 900 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5%

= RM3,727.80

2.Emas Yang Disimpan (Tidak Dipakai)

Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka zakat adalah wajib dikeluarkan keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%). Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Tiada wajib atas kamu sesuatu pun iaitu pada emas sehingga ada 20 dinar (85 gram) dan telah cukup haul wajib padanya setengah dinar. Apa yang lebih dari itu, mengikut kiraan yang sama(HR Abu Dawud)

Formula Kiraan:

Berat emas disimpan (jika melebihi nilai nisab Nota 2) x Harga Emas Semasa x 2.5% Kadar Zakat. Sebagai contoh, sekiranya jumlah emas yang disimpan dalam tempoh setahun ialah 200 gram maka:

= Berat Emas dipakai x Harga Emas semasa 1gram x Kadar Zakat 2.5%

= 200 gram x RM165.68 (contoh) x 2.5%

= RM828.40

Kesimpulannya,

Sebagai umat Islam kita haruslah peka akan jenis-jenis zakat serta cara pengiraannya agar kita tidak alpa dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai muslim. Untuk mengetahui tentang zakat fitrah, klik di sini.

Kredit: Pusat Pungutan Zakat MAIWP

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *