Bayar Zakat Negeri Sembilan dengan 5 Cara Mudah

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah menyediakan beberapa alternatif bagi anda membayar zakat Negeri Sembilan. Ikuti artikel ini untuk membaca lebih lanjut cara yang tersedia.

PERBANKAN INTERNET (FPX)

Bayar zakat Negeri Sembilan
Gambar sekadar hiasan. Sumber: PPZ MAINS

Anda boleh membayar zakat Negeri Sembilan secara atas talian melalui perbankan internet. Ianya beroperasi 24 jam. Minimum transaksi yang dibenarkan ialah RM 10 dan maksimum RM30000 per transaksi.

Senarai bank yang tersedia adalah seperti berikut:

  • Maybank2u
  • CIMB Clicks
  • Perbankan Internet Bank Islam
  • Hong Leong Bank Berhad
  • RHB Islamic Bank
  • AmBank

KAD KREDIT ISLAMIK / DEBIT

Hanya Kad Kredit Islamik sahaja yang diterima untuk pembayaran zakat. Waktu operasi adalah 24 jam dan minimum RM10 per transaksi.

Senarai kad kredit Islamik adalah seperti berikut:

1. BIMB (Kad BIMB)
2. Maybank (Ikhwan)
3.Ambank (Al-Taslif)
4.Bank Rakyat (Kad-Kredit-i)
5.BSN (Al-Aiman)
6.HSBC (Amanah)
7.Al-Rajhi (Kad-Caj)
8.CIMB Islamik
9.RHB Islamik (Kad-Kredit-i)

JomPAY

Anda juga boleh membayar zakat Negeri Sembilan dengan JomPay. Pembayaran dibuat melalui Perbankan Internet dan Telefon Mudah Alih dengan akaun semasa, simpanan atau kad kredit.

SKIM POTONGAN ZAKAT BERJADUAL (SPZB)

coin on tray beside pen organizer on table
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Unsplash

Anda juga boleh menunaikan zakat dengan membuat potongan gaji bulanan.

Keistimewaan Skim Ini.

  • Membayar secara beransur-ansur.
  • Mendapat pelepasan Cukai Pendapatan (LHDN).
  • Menyempurnakan rukun Islam.
  • Mengelak dari terlupa atau terlalai menunaikan zakat.
  • Pendapatan bersih, berkat, suci dan subur.

Terdapat dua kaedah untuk menyertai Skim ini yang boleh di pilih oleh umat Islam :

Kaedah A :

Menggunakan kaedah Pendapatan Kasar (tanpa tolakan) iaitu mengambil 2.5% sebagai zakat atas jumlah pendapatan kasar setahun.

Kaedah B :

Menggunakan kaedah Pendapatan Bersih (Dengan tolakan) iaitu mengambil 2.5% zakat setelah di tolak dengan penolakan yang dibenarkan.

Kaunter PBMaINS

Anda boleh membayar zakat Negeri Sembilan dengan pergi ke salah satu kaunter PBMaINS. Terdapat 12 kaunter seperti yang disenaraikan di bawah:

  • Menara MAINS
  • Seremban
  • Senawang
  • Seremban 2
  • Kuala Pilah
  • Jempol
  • Nilai
  • Port Dickson
  • Jelebu
  • Tampin
  • Gemas
  • Rembau

Sememangnya,

Baca lebih lanjut cara membayar zakat wilayah Persekutuan di sini.

Kredit: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *