4 Cara Bayar Zakat Kedah

Bagi rakyat negeri Kedah, anda boleh bayar zakat Kedah melalui 4 cara ini.

1. Sistem Jom Zakat

Anda boleh bayar zakat Kedah dengan Jom Zakat. Jom Zakat merupakan platform bersepadu yang memudahkan individu dan majikan (Agensi / Syarikat) menunaikan kewajiban berzakat. Jom Zakat menyediakan kemudahan seperti taksiran zakat, bayaran zakat atas talian, penyata tahunan zakat dan lain-lain lagi.

Caranya sangat mudah. Jom Zakat menyediakan pembayaran pelbagai jenis zakat secara atas talian melalui FPX dan JomPAY. Buat taksiran zakat, pilih FPX atau JomPAY, kemudian pilih bank, baca niat zakat dan tekan butang bayar. Jom layari sekarang! Klik sini untuk ke sistem Jom Zakat.

2. Potongan Gaji

Anda boleh mengisi borang potangan gaji secara manual di sini. Cara ini pastinya membuat anda tidak terlupa dari membayar zakat Kedah.

3. Ejen Rasmi

Anda juga boleh membayar zakat Kedah melalui ejen rasmi. Lembaga Zakat Negeri Kedah telah melantik beberapa buah syarikat swasta dan sekolah agama sebagai ejen rasmi.

4 kategori ejen rasmi adalah seperti berkut:

  1. Ejen profesional
  2. Ejen pertubuhan
  3. Ejen Bank & Online
  4. Ejen Sekolah agama

Dapatkan senarai penuh ejen di sini.

4. Ejen Perbankan

Senarai ejen perbankan yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

  • Standard Chartered Bank Malaysia Berhad SCBMB
  • RHB Islamic Bank
  • Public Islamic Bank
  • CIMB Islamic Bank
  • Bank Simpanan Nasional (BSN) BSN
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
  • Ambank(M) Berhad
  • Agro Bank Malaysia
  • Malayan Banking Berhad
  • Hong Leong Islamik Bank
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • Myeg
bayar zakat Kedah
Anda boleh membuat bayaran zakat melalui aplikasi myEG. Sumber: Amanz.my

Anda bolehlah memilih dari senarai di atas untuk proses pembayaran zakat anda.

Sememangnya

Terdapat banyak cara untuk bayar zakat Kedah. Baca lebih lanjut cara bayar zakat Negeri Selangor di sini.

Kredit: Lembaga Zakat kedah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *