4 Cara Bayar Zakat Negeri Johor

Bagi penduduk Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah menyediakan 4 cara bagi membayar zakat negeri Johor. Ikuti artikel ini untuk mengetahui cara yang tersedia.

1.Bayar zakat melalui eMAIJ

Anda boleh menggunaka dua kaedah sama ada Fastpay melalui QR code atau pun bayaran melalui web. Anda hanya perlu medaftar di laman web tersebut dan meneruskan proses pembayaran zakat. Cetakan resit adalah terus melalui atas talian.

Image result for z\pusat zakat negeri Johor snapnpay

2. Johor Online Payment

Antara laman sesawang lain yang boleh digunakan untuk membayar zakat negeri Johor ialah Johor Online Payment. Ianya beroperasi dari jam 1 pagi hingga 11 malam. Resit rasmi akan diemelkan kepada pembayar setelah selesai transaksi.

3. Bayar Zakat negeri Johor melalui SnapNPay

bayar zakat negeri Johor

Muat turun Aplikasi SnapNPay atau bayar melalui laman sesawang di sini. Resit rasmi akan diemelkan kepada pembayar setelah selesai transaksi.

4. Perbankan Internet

Image result for perbankan internet

Bagi pembayaran melalui perbankan internet, anda boleh membayar zakat negeri Johor secara atas talian melalui bank di senarai di bawah. Seterusnya, anda perlu sertakan bukti pembayaran dan butiran seperti Nama, Alamat, No. Telefon, Jumlah bayaran, Jenis Zakat,Tahun Haul kepada alamat email: ibanking@maij.gov.my

  • Maybank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • Public Bank Berhad
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • CIMB Bank
  • AmBank
  • Standard Chartered
  • Affin Bank
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
  • Agro Bank
  • Bank Simpanan Nasional
  • MYEG

Sememangnya,

Terdapat pelbagai cara bagi menunaikan zakat. Baca lebih lanjut tentang cara bayar zakat Negeri Melaka di sini.

Kredit: Majlis Agama Islam Negeri Johor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *