10 Cara Bayar Zakat Negeri Kelantan

Terdapat 10 cara bagi membayar zakat negeri Kelantan. Ikuti artikel ini bagi mengetahui alternatif yang tersedia

MEMBAYAR DI KAUNTER ZAKAT PEJABAT MAIK

Seperti biasa, anda boleh membayar zakat negeri Kelantan dengan pergi ke kuanter zakat di pejabai MAIK. Prosedur bayaran adalah seperti berikut:

  1. Bayaran boleh dilakukan secara tunai atau cek, bank draf, kad debit dan kad kredit Islam
  2. Pembayar mengisi borang bayaran zakat MAIK yang disediakan di kaunter zakat MAIK
  3. Resit rasmi bayaran zakat dikeluarkan setelah bayaran dilaksanakan.

MEMBAYAR MELALUI SKIM POTONGAN GAJI

Anda juga boleh menggunakan skim potongan gaji yang lebih mudah bagi menunaikan zakat.

Prosedur Bayaran :

  1. Pembayar hendaklah mengisi borang bayaran zakat melalui potongan gaji yang disediakan oleh MAIK (terdapat 3 salinan) dengan mendapatkan pengesahan majikan dan menghantar semula kepada MAIK
  2. MAIK akan berurusan dengan pejabat gaji atau majikan pembayar untuk pelaksanaan potongan gaji.
  3. Setelah MAIK menerima bayaran melalui skim potongan gaji, MAIK akan mengeluarkan penyata bayaran zakat kepada para pembayar 1 kali setahun.

MEMBAYAR ZAKAT MELALUI POS MALAYSIA BERHAD

Anda juga boleh membayar zakat negeri Kelantan dengan pergi ke pejabat pos berdekatan.

Prosedur Bayaran :

  1. Pembayar hendaklah menghantar cek atau kiriman wang atau bank draf atas nama “Majlis Agama Islam Kelantan” dengan memberi maklumat berikut :-
    1. Nama
    2. No. Kad pengenalan
    3. Alamat dan no. Telefon
  2. Setelah MAIK menerima bayaran daripada bayaran daripada pembayar, resit rasmi bayaran zakat akan dipos kepada pembayar.

MEMBAYAR MELALUI AKAUN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

SIARAN MEDIA


NO. AKAUN MAIK : 03-018-01-000005-0

Prosedur Bayaran :

  1. Pembayar mengisi slip bank yang disediakan oleh BIMB menggunakan No. Akaun MAIK
  2. Setelah transaksi dengan bank selesai, pembayar hendaklah menghantar kepada MAIK salinan slip bank tersebut berserta nama, alamat, no. Kad pengenalan dan no.telefon.
  3. Setelah MAIK menerima salinan slip bank tersebut, resit rasmi bayaran zakat akan dipos kepada pembayar (3 hari bekerja).

BAYARAN ZAKAT DI KAUNTER PEJABAT POS

Prosedur Bayaran :

Pembayar boleh membayar zakat di 30 buah pejabat pos berkomputer di negeri Kelantan
Pembayar hendaklah mengisi borang bayaran zakat yang disediakan di kaunter pejabat pos
Setelah pembayar membuat bayaran, pihak pos Malaysia akan memberi salinan borang bayaran zakat untuk simpanan pembayar
Pos Malaysia akan melaporkan kepada MAIK jumlah bayaran zakat yang dikutip sebulan sekali dan wang kutipan zakat tersebut dimasukkan ke dalam akaun MAIK di bank CIMB

BAYARAN ZAKAT MELALUI INTERNET BANKING

Pembayar perlu mempunyai salah satu akaun di bank-bank berikut bagi membayar zakat negeri Kelantan :

  • Maybank 2u – www.maybank2u.com
  • Bank Islam – www.bankislam.biz
  • CIMB – www.channel-e.com.my
  • RHB Bank – www.rhbbank.com
  • AmBank – www.ambg.com.my
  • Bank Rakyat – www.irakyat.com.my
  • Affin Islamic – www.affinonline.com
  • Standard Chartered – www.standardchartered.com.my

Setelah menerima bayaran daripada bank, MAIK akan mengepos resit rasmi bayaran zakat kepada pembayar (3hari bekerja).

MEMBAYAR MENERUSI PORTAL MAIK (E-ZAKAT PAYMENT) DI WWW.E-MAIK.MY

Anda boleh membayar di portal E-zakat Payment dengan mengisi borang yang tersedia dan memilih dari tiga kaedah bayaran yang disediakan.

MEMBAYAR ZAKAT DI PUSAT MINI PUNGUTAN ZAKAT MAIK

Portal Rasmi MAIK - Kaunter Baitulmal Dan Pusat Mini Pungutan Zakat (PMPZ)  Di Masjid Bandar & Jajahan Negeri Kelantan
Sumber: MAIK

Bagi membayar zakat negeri Kelantan, pihak MAIK telah menyediakan 17 Pusat Mini Pungutan Zakat yang terdiri daripada 17 masjid sekitar negeri Kelantan. Klik di sini untuk melihat senarai pusat mini pungutan zakat.

MEMBAYAR MELALUI KAUNTER ZAKAT BERGERAK

bayar zakat Negeri Kelantan
Sumber: MAIK

Kaunter zakat bergerak mempunyai jadual masa dan lokasi yang tersendiri. Hubungi pihak zakat MAIK untuk mendapatkan maklumat tentang jadual tersebut.

MEMBAYAR MELALUI KAUNTER MAIK DI UTC KOTA BHARU

Anda juga boleh membayar zakat negeri Kelantan di UTC Kota Bharu bagi memudahkan urusan.

Sememangnya

Terdapa banyak cara yang tersedia bagi membayar zakat negeri Kelantan. Baca lebih lanjut tentang cara membayar zakat Pahang di sini.

Kredit: Majlis Agama Islam Kelantan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *