6 Cara bayar zakat Negeri Melaka

Bagi penduduk negeri Melaka, Pusat Zakat Melaka telah menyediakan 6 cara bagi membayar zakat negeri Melaka. Ikuti artikel ini untuk mengetahui cara yang tersedia.

Bayar zakat negeri Melaka dengan iZakat

Infografik dari iZakat

Anda boleh membayar zakat negeri Melaka secara atas talian melalui portal izakat. Ianya amat mudah kerana anda hanya perlu mengisi borang atas talian yang tersedia dan meneruskan pembayaran melalui perkhidmatan perbankan internet dari bank-bank di Malaysia.

JomPay

Bagi memudahakan urusan, pembayaran zakat juga boleh dilakukan melalui Jompay. Rujuk infografik di bawah.

Langkah-langkah pembayaran zakat melalui JomPay. Infografik dari iZakat

Berzakat melalui e-Bayar.

bayar zakat Negeri Melaka
Infografik dari iZakat

Pembayaran zakat melalui e-Bayar adalah seperti berikut.

  1. Log masuk portal E-Bayar kerajaan Negeri Melak dan pilih bayaran secara terus.
  2. Pilih agensi Pusat Zakat Melaka dan jenis bil pembayaran “zakat”.
  3. Pilih jenis zakat dan penuhkan butiran. Klik “Teruskan”.
  4. Transaksi berjaya.

Sistem Potongan Gaji

Jika anda ingin membayar zakat negeri Melaka melalui potongan gaji, anda hanya perlu mengisi borang yang disediakan di sini.

Kaunter Zakat

Terdapat 7 kaunter zakat yang boleh anda pergi untuk membayar zakat negeri melaka. Senarai dibawah merujuk kepada kaunter yang tersedia.

Klik nama cawangan untuk medapatkan alamat penuh.

Amil atau Ejen rasmi

Terdapat ejen rasmi yang telah dilantik dari 5 kategori iaitu:

  1. Ejen Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (Mata)
  2. Ejen Profesional (Individu)
  3. Ejen Institusi
  4. Ejen Korporat
  5. Ejen Bank

klik di sini untuk melihat maklumat ejen rasmi.

Sememangnya,

Banyak kaedah yang tersedia bagi membayar zakat negeri Melaka. Baca lebih lanjut tentang bayaran zakat Negeri Sembilan di sini.

Kredit: Zakat Melaka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *