4 Cara Bayar Zakat Negeri Sabah

Bagi penduduk negeri Sabah, terdapat beberapa cara bagi membayar zakat negeri Sabah. Ikuti artikel ini untuk mengetahui kaeadah pembayaran zakat yang tersedia.

Kaunter Zakat

Anda boleh menunaikan bayaran zakat dengan pergi ke kaunter zakat yang berdekatan. Terdapat sejumlah cawangan pejabat zakat yang boleh anda pergi sekitar negeri Sabah. Rujuk facebook Bahagian Zakat & Fitrah MUIS bagi info waktu operasi cawangan.

Skim Potongan Gaji

Mungkin imej 4 orang
Taklimat Potongan Zakat Berjadual di SK KEBATU BEAUFORT. Sumber: Bahagian Zakat & Fitrah MUIS

Anda juga boleh membayar zakat secara terus melalui skim potongan gaji. Dapatkan borang di cawangan terdekat atau layari laman web Zakat Sabah.

SnapNPay

Untuk membayar zakat negeri Sabah melalui SnapNPay, muat turun aplikasi SnapNPay di Google Play Store dan di Apple App Store. Imbas kod QR seperti rajah di atas atau layari https://www.snapnpay.my/zakat untuk keterangan lanjut.

Perbankan internet

Pembayaran zakat boleh dibuat secara atas talian melalui saluran Perbankan Internet (online banking) dan Gerbang Pembayaran Atas Talian (online payment gateway) seperti MYeG dan Boost kepada Majlis Ugama Islam Sabah.

Cara bayar zakat negeri Sabah melalui myEG. Sumber: Bahagian Zakat & Fitrah MUIS
Cara bayar zakat negeri Sabah melalui maybank2u. Sumber: Bahagian Zakat & Fitrah MUIS

Sememangnya,

Pelbagai cara yang tersedia bagi kita menunaikan kewajipan berzakat. Baca cara bayar zakat negeri Sarawak di sini.

kredit: Bahagian Zakat & Fitrah MUIS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *