6 Cara Bayar Zakat Negeri Sarawak

Terdapat beberapa cara yang tersedia bagi membayar zakat negeri Sarawak. Ikuti artikel ini bagi mengetahui 6 cara menunaikan zakat negeri Sarawak.

Kaunter pejabat baitulmal Sarawak

Anda boleh terus ke kaunter baitulmal Sarawak yang terletak di seluruh negeri bagi membayar zakat negeri Sarawak. Terdapat 13 cawangan kesemuanya. Lihat senarai penuh di sini.

Ejen tauliah

Anda juga boleh membayar zakat negeri Sarawak melalui ejen tauliah yang telah dilantik. Berikut merupakan senarai ejen tauliah:

  1. Bank Islam (M) Bhd pembayaran melalui perkhidmatan kaunter dan internet
  2. Public Bank Bhd pembayaran melalui perkhidmatan internet dan ATM
  3. Agro Bank (Bank Pertanian) pembayaran melalui perkhidmatan kaunter
  4. Maybank Bhd (Maybank2u) pembayaran melalui perkhidmatan internet
  5. RHB Bank Bhd pembayaran melalui perkhidmatan kaunter
  6. CIMB Bank Bhd pembayaran melalui perkhidmatan internet
  7. Bank Muamalat (M) Bhd pembayaran melalui perkhidmatan kaunter
  8. Bank Rakyat pembayaran melalui perkhidmatan kaunter
  9. Bank Simpanan Nasional pembayaran melalui perkhidmatan kaunter
  10. HSBC Bank Bhd pembayaran melalui perkhidmatan internet
  11. Ambank Bhd pembayaran melalui perkhidmatan internet

Amil Fitrah

Menurut Berita Harian 19 April, 2020,terdapat 779 orang amil masih sah tempoh pelantikan mereka di negeri Sarawak. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi talian 082-415563.

SnapNPay

Anda boleh memuat turun aplikasi SnapnPay di Google play atau Play store. caranya boleh didapati didalam rajah di bawah.

Sarawak Pay

Anda juga boleh menggunakan Sarawak Pay untuk membayar zakat negeri Sarawak. Anda boleh pilih dari kaedah-kaedah yang disediakan seperti berikut:

  • Imbas & Bayar Kod QR Sarawak Pay yang disediakan
  • Pilih Sarawak Pay sebagai mod pembayaran anda di Portal Baitumal Kamek Tabung Baitumal Sarawak
  • Pilih Sarawak Pay sebagai mod pembayaran anda di Apps Tabung Baitumal Sarawak

Portal Baitulmal Kamek Tabung Baitulmal Sarawak

Anda boleh terus ke portal Baitulmal Kamek Tabung Baitulmal Sarawak untuk membuat pembayaran zakat. Berikut merupakan cara untuk mendaftar:

  • Layari laman web rasmi di https://pelanggan.tbs.org.my
  • Sekiranya belum mendaftar, klik butang Daftar Akaun
  • Masukkan maklumat yang diperlukan seperti :
    • Nama penuh seperti dalam kad pengenalan
    • Masukkan nombor telefon
    • Masukan alamat emel
    • Masukkan nombor kad pengenalan (akan digunakan sebagai username)
    • Masukkan kata laluan dan sahkan kata laluan yang telah dimasukkan
  • Tekan butang Daftar
  • Sekiranya telah membuat pendaftaran akaun, log masuk menggunakan username yang terdiri dari nombor kad pengenalan
  • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Tekan butang Log Masuk

Apps Tabung Baitulmal Sarawak

Screenshot Image

Anda boleh memuat turun aplikasi tersebut di Google Play atau Play Store dan meneruskan pembayaran zakat di aplikasi tersebut.

Sememangnya,

Terdapat pelbagai cara bagi membayar zakat negeri Sarawak. Baca lebih lanjut tentang cara bayar zakat negeri Johor di sini.

Kredit: Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *