11 Cara Bayar Zakat Negeri Selangor

Lembaga Zakat Selangor menyediakan 11 cara bayar zakat negeri Selangor iaitu seperti berikut.

eZakat Pay

Anda boleh membayar zakat negeri Selangor melalui eZakat Pay iaitu plaform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pembayar-pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa dengan Agen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet.

Bank yang menyediakan bayaran zakat melalui E-Zakat pay adalah seperti berikut:

  • AmOnline
  • CIMB Clicks
  • Perbankan Internet Bank Islam
  • OCBC Online Banking
  • PBeBank
  • iRakyat
  • Bill Payment
  • Perbankan Internet HSBC
  • Maybank2u
  • Alliance Islamic Bank

Bagi pembayaran zakat, pembayar hanya perlu melayari portal e-zakat di www.zakatselangor.com.my dan klik pada pembayaran E-Zakat Pay untuk membayar zakat.
Pembayar perlulah mempunyai akaun terlebih dahulu di bank-bank yang terlibat sebelum boleh meneruskan pembayaran. Ikuti langkah-langkah yang diberikan. Itu sahaja, dan pembayaran zakat telah selesai dilakukan.

Perbankan Internet

Anda juga boleh membayar zakat negeri Selangor melalui perbankan internet. Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pembayar-pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa dengan Agen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet.

Cawangan LZS

Anda boleh terus ke cawangan Lembaga Zakat Selangor bagi menmbayar zakat negeri Selangor. Terdapat 25 cawangan LZS di sekitar Selangor. Klik sini untuk mendapatkan info nama cawangan dan alamat.

Pejabat pos

Pembayaran zakat harta juga boleh di buat melalui kaunter pos Malaysia sekitar Lembah Klang. Anda perlu mendapatkan Slip Bayaran Zakat yang disediakan di kaunter pembayaran dan lengkapkan slip tersebut. Bayaran dibuat di kaunter Pos Malaysia berkenaan dan simpan salinan pemohon slip bayaran zakat untuk tujuan rujukan.

Kaunter bank

Anda juga boleh terus ke kaunter bank yang dilantik oleh LZS bagi membayar zakat negeri Selangor. Antara kaunter bank yang tersedia ialah:

  • RHB Islamic Bank
  • AmBank
  • PosOnline
  • Bank Islam
  • Al Rajhi Bank
  • Agro Bank
  • Bank Rakyat
  • Bank Muamalat
  • BSN

Bank-bank ini menerima pembayaran zakat di kaunter mereka. Pembayar boleh membayar zakat di seluruh cawangan dalam negeri Selangor dengan mendapatkan slip bayaran zakat yang dipamerkan. Pembayar Resit rasmi akan dikeluarkan oleh LZS dan akan diposkan terus ke alamat pembayar zakat.

Kad kredit

Kad kredit dan debit boleh digunakan untuk membayar zakat.

Saluran alternatif kepada pembayar-pembayar zakat ialah dengan kad kredit. Pihak LZS hanya menerima Kad Kredit Islamik dan memenuhi syariah sepertimana yang telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor. Antara Kad Kredit yang diterima ialah :

  • Kad Bank Islam (Visa & Master)
  • Kad Kredit Al-Taslif AmBank (Visa & Master)
  • Kad I-Bank Rakyat
  • Kad Kredit Al-Ikhwan Maybank Islamic
  • Kad Caj Al-Rajhi Bank
  • Kad Al-Aiman BSN
    • Pembayaran menggunakan kad kredit ini boleh dibuat di semua kaunter zakat LZS.

Kad Debit

Kad debit boleh digunapakai di semua kaunter LZS. Semua kad debit bank-bank tempatan dan Bank Al-Rajhi dengan mengenalpasti kad tersebut mempunyai logo MEPS BANKCARD dan microcip.

Skim Berkat atau Potongan Gaji

Skim berkat menawarkan pembayaran zakat melalui potongan gaji bagi memudahkan anda membayar zakat negeri Selangor. Isi borang untuk pemohonan baru bagi bayaran zakat melalui potongan gaji, menambah atau mengurangkan potongan gaji zakat bulanan anda di sini.

SMS

Bayar zakat melalui SMS dengan bankislam.SMS. Melalui kemudahan bankislam.SMS sekaligus menjadikannya satu alternatif perbankan yang lengkap dan komprehensif. Dengan bankislam.SMS membolehkan anda mengakses perkhidmatan pembayaran zakat yang disediakan menerusi mana-mana rangkaian perkhidmatan telefon bimbit – 012, 013, 016, 017 atau 019. Cara-caranya seperti berikut:

  1. Daftar untuk mendapatkan perkhidmatan bankislam.SMS di rangkaian ATM Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
  2. Tukarkan PIN SMS pertama yang diterima di telefon bimbit anda
  3. Lakukan urusan perbankan anda

Perbankan Telefon

Anda boleh menggunakan Kawanku Phone Banking untuk membayar zakat negeri Selangor. Ikut langkah-langkah dalam rajah di bawah.

Mesin ATM

bayar zakat
Sumber: Unsplash

Pembayar-pembayar hanya perlu mempunyai akaun simpanan atau semasa di bank tertentu.

  • Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
  • Public Bank
  • OCBC Bank
  • RHB Bank
  • Bank Simpanan Nasional


Sebagai tambahan pemegang akaun BIMB seharusnya mempunyai kad Smart ATM sementara Public Bank pula adalah PR Card ATM. Untuk pelanggan BIMB, dikehendaki terlebih dahulu mendaftar di mana-mana cawangan BIMB. Pelanggan akan diberikan “ Kod Penerima “ semasa pendaftaran.

  1. Apabila ingin melakukan transaksi pembayaran zakat, pembayar perlu memilih menu “ Lain-lain “ diikuti dengan menu “ Pembayaran Bil “.
  2. Kemudian pembayar dikehendaki memasukkan nombor “ Kod Penerima “ yang diberikan semasa pendaftaran.

Pemegang kad Smart ATM (BIMB) dan PR Card ATM (Public Bank) boleh melakukan transaksi pembayaran zakat untuk Lembaga Zakat Selangor (MAIS) di mana-mana cawangan samada di sekitar Lembah Klang atau Negeri Selangor Darul Ehsan.

Pembayar yang membayar melalui kemudahan ATM Mesin dinasihatkan menghubungi Ibu Pejabat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Unit Proses Kutipan, Bahagian Kutipan (JDK) selepas selesai melakukan transaksi bayaran untuk tujuan kemaskini alamat perhubungan bagi memudahkan proses pengeposan resit rasmi.

Ejen Zakat Selangor

Anda boleh bayar zakat negeri Selangor kepada ejen-ejen rasmi yang dilantik oleh LZS untuk mengutip zakat. Mereka terdiri daripada firma audit, ejen cukai, syarikat, sekolah dan sebagainya.

Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat berhubung ejen cukai tersebut.

Jadi,

Diharap 11 cara di dalam artikel ini memudahkan urusan anda untuk membayar zakat. Baca lebih lanjut tentang Bayar Zakat 2019 Dapat Rebat Cukai Pendapatan LHDN Sehingga 100% di sini.

Kredit: Laman web rasmi Lembaga Zakat Selangor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *