10 Cara Bayar Zakat Negeri Terengganu

Bagi penduduk negeri Terengganu, terdapat 10 alternatif untuk membayar zakat negeri Terengganu. Ikuti artikel ini untuk membaca lebih lanjut.

Pusat urusan Zakat

Anda boleh membayar zakat negeri Terengganu dengan mengunjungi kaunter zakat. Terdapat 11 cawangan Pusat Urusan Zakat (PUZ) yang disediakan seperti:

  1. Pusat Urusan Zakat MAIDAM
  2. Pusat Urusan Zakat Daerah Besut
  3. Dungun
  4. Pusat Urusan Zakat Daerah Hulu Terengganu
  5. Pusat Urusan Zakat Daerah Marang
  6. Pusat Urusan Zakat Daerah Setiu
  7. Pusat Urusan Zakat Daerah Kuala Nerus
  8. Pusat Urusan Zakat Cawangan Kerteh
  9. Kaunter Zakat UTC Terenganu
  10. Unit Pendidikan dan Pengajian Tinggi Zakat MAIDAM

Kaunter Zakat Bergerak

Pegawai Pusat Pungutan Zakat bersedia untuk ke rumah, pejabat atau di mana sahaja sekitar Terengganu bagi membantu urusan zakat anda. 

Skim Potongan Gaji majikan

Skim yang membolehkan pembayar zakat membuat potongan zakat secara bulanan / berjadual. Potongan tersebut akan dibuat secara bulanan oleh majikan dan setiap pemotongan tersebut akan tertera di dalam penyata gaji bulanan.

Ejen Zakat

Anda juga boleh membayar zakat negeri Terengganu ke ejen zakat yang dilantik.

Kaunter Bank Islam dan Pos Malaysia

Pembayaran zakat juga boleh di buat melalui kaunter pos Malaysia sekitar Terengganu. Anda perlu mendapatkan Slip Bayaran Zakat yang disediakan di kaunter pembayaran dan lengkapkan slip tersebut. Bayaran dibuat di kaunter Pos Malaysia berkenaan dan simpan salinan pemohon slip bayaran zakat untuk tujuan rujukan.

Perbankan Internet

bayar zakat negeri Terengganu
Sumber: Facebook Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu-Official

Berikut merupakan senarai perbankan internet yang tersedia bagi anda membayar zakat negeri Terengganu.

  • Bank Islam
  • CIMB
  • Bank Rakyat
  • Maybank
  • RHB Bank
  • Affin Islamik Bank
  • Pos Online
  • Ambank

Kad Debit dan Kad Kredit Islamik

Saluran alternatif kepada pembayar-pembayar zakat ialah dengan kad kredit. Pihak MAIDAM menerima Kad Kredit Islamik dan memenuhi syariah.

Kad debit boleh digunapakai di semua kaunter puungutan zakat. Semua kad debit bank-bank tempatan dan Bank Al-Rajhi dengan mengenalpasti kad tersebut mempunyai logo MEPS BANKCARD dan microcip.

Kiriman Wang / Wang Pos

Cara lain untuk membayar zakat negeri Terengganu ialah dengan kiriman wang atau wang pos. Anda boleh pergi ke mana-mana Pejabat Pos Malaysia dan mengambil borang kiriman wang.

Ciri-ciri Wang Pos adalah seperti berikut:

  • Cara paling mudah untuk mengirim wang dalam jumlah yang kecil
  • Kiriman bermula dari nilai denominasi tetap RM1.00 hingga RM100.00
  • Boleh digabungkan bergantung kepada jumlah kiriman
  • Boleh didapati di semua Pejabat Pos
  • Penebusan boleh dibuat di semua Pejabat Pos dan Pejabat Pos Mini
  • Tarikh luput adalah tiga (3) bulan dari hari terakhir bulan pengeluaran

Amil yang dilantik

Anda boleh membayar zakat negeri Terengganu kepada amil yang dilantik. Klik di sini untuk ke sistem carian amil.

Ezakat dan JomPAY di laman web MAIDAM

eZakat

eZakat merupakan platform pembayaran zakat menggunakan FPX, boleh dilakukan sekiranya anda adalah pemegang akaun perbankan elektronik di bank yang terlibat. Anda juga boleh cetak resit dan penyata secara atas talian. Klik disini untuk cetak resit.

Klik disini untuk buat bayaran menggunakan eZakat.

JomPAY

Gunakan JomPAY untuk membuat pembayaran di mana sahaja anda berada. JomPAY boleh didapati di Internet atau Perbankan Mudah Alih anda.

Cara Bayaran

  1. Klik disini untuk membuat pembayaran melalui JomPAY.
  2. Pilih jenis pembayaran (Zakat / Wakaf / Sewa ).
  3. Isi maklumat di ruangan disediakn dan klik seterusnya sehingga selesai.
  4. Anda akan diberikan Biller Code dan Ref-1.
  5. Sila login bank pilihan anda.
  6. Klik pada Payments/Services  Jompay  Payment (Jompay).
  7. Masukkan maklumat pembayaran (amaun, Biller Code, Ref-1), tandakan pada Terms and Conditions seterusnya klik butang Validate.
  8. Semak maklumat dan klik butang Add to Bill List
  9. Klik butang Pay.
  10. Klik Request i-Access Code  masukkan kod yang dihantar ke telefon bimbit pemilik akaun  klik butang Confirm.

Aplikasi Mudah Alih SnapNPay

SnapNPay merupakan aplikasi mudah alih yang boleh dipasang di Android atau iOS.

Bayaran menggunakan SnapNPay adalah seperti berikut:

  1. Buka aplikasi SnapNPay.
  2. Imbas QR Kod dibawah.
  3. Isi penuh butiran dan masukkan amaun.
  4. Pilih BAYAR dan ikut langkah seterusnya sehingga selesai bayaran.

MAIDAM menyediakan platform pembayaran melalui SnapNPay bagi bayaran berikut:

Zakat Harta

Zakat Fitrah

Sememangnya,

Terdapat pelbagai alternatif yang tersedia bagi membayar zakat negeri Terengganu. Baca lebih lanjut tentang cara bayar zakat negeri Kelantan di sini.

Kredit: MAIDAM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *