Bayar zakat pulau pinang

4 Cara Bayar Zakat Pulau Pinang

Bagi memastikan kemudahan kepada para pembayar zakat, Zakat Pulau Pinang telah menyediakan beberapa kaedah untuk membuat pembayaran zakat.

4 kaedah pilihan untuk bayar zakat Pulau Pinang ialah:

1. Kaunter ZPP

Terdapat 8 kaunter bayaran untuk penduduk Pulau Pinang seperti yang berikut.

  1. Ibu Perjabat, Bandar Perda, Bukit Mertajam
  2. Cawangan Bayan Baru
  3. Cawangan Kepala Batas
  4. Cawangan Georgetown
  5. Cawangan Nibong Tebal
  6. Cawangan Butterworth
  7. Cawangan Balik Pulau
  8. Cawangan Ayer Itam

Anda bolehlah ke salah satu cawangan di atas untuk membayar zakat Pulau Pinang. Klik sini untuk mendapatkan alamat dan waktu operasi setiap cawangan.

2. Skim Sakinah

Image result for skim sakinah pulau pinang
Majlis pelancaran Skim Sakinah pada 5 Mac 2020. Sumber: Zakat Penang.

Anda juga boleh membayar zakat Pulau Pinang melalui Skim Sakinah atau Potongan Zakat Bulanan. Skim Sakinah terbuka kepada semua kakitangan kerajaan. Berikut merupakan Panduan Pemohon dan Panduan majikan sebagai rujukan.

PANDUAN PEMOHON

1. Skim Sakinah (Potongan Zakat Bulanan) ini terbuka kepada semua kakitangan sektor kerajaan, badan-badan berkanun dan sektor swasta beragama islam.

2.Borang kebenaran potongan gaji ini hendaklah diisi oleh pemohon dalam tiga (3) salinan dan diserahkan ketiga-tiga salinan kepada Zakat Pulau Pinang (ZPP).

3.Jumlah potongan gaji ansuran boleh ditentukan sendiri atau merujuk kepada ZPP.

4.Penyata rasmi pembayaran akan dihantar kepada pembayar ke alamat yang tercatat di dalam borang kebenaran potongan gaji pada Februari / Mac setiap tahun bagi kegunaan rebet (Tolakan) cukai pendapatan individu.

5.Sekiranya berlaku pertukaran alamat surat menyurat, sila maklumkan kepada ZPP.

6.Sebarang perubahan jumlah bayaran (penambahan, pengurangan dan pemberhentian) hendaklah dimaklumkan kepada pihak ZPP. ZPP akan mengeluarkan surat arahan rasmi kepada majikan.

PANDUAN MAJIKAN

1.Kebenaran potongan gaji untuk bayaran zakat secara ansuran diberi kepada ZPP oleh Jabatan Buruh di bawah Seksyen 24, Akta Kerja (1955).

2.Pembayaran zakat akan dikreditkan pada tarikh penerimaan bayaran. Surat pengesahan penerimaan bayaran akan dihantar kepada pihak majikan sebagai bukti penerimaan bayaran.

3.Bagi pemohon yang dikenakan Potongan Cukai Berjadual (PCB) dan telah membayar zakat, majikan hendaklah mengurangkan atau memberhentikan jumlah PCB berdasarkan jumlah zakat yang dibayar (Pindaan LHDN 2000).

4.Pembayaran dengan cek hendaklah ditulis atas nama Zakat Pulau Pinang dan dialamatkan kepada : Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Pulau Pinang, No.4 Jalan Perda Selatan, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam (u.p: BAHAGIAN KHIDMAT MAJIKAN).

5.Bagi pencarum yang ingin membuat pemberhentian zakat bulanan, dipohon untuk memuat turun serta mengisi Borang Pemberhentian Potongan Gaji. Seterusnya borang tersebut hendaklah di email atau fakskan kembali kepada Bahagian Khidmat Majikan untuk tindakan seterusnya.

6.Untuk sebarang pertanyaan berkenaan potongan zakat secara bulanan, sila hubungi ditalian terus 04- 549 8143 / 04-549 8148 / 04-549 8150 (Bahagian Khidmat Majikan) atau E-mail ke bkm@zakatpenang.com

3. Perbankan Internet

Anda juga boleh bayar zakat Pulau Pinang melalui perbankan atas talian. Lihat langkah-langkah dalam rajah di bawah.

1. JomPAY (Isi Borang JomPAY online di zakatpenang.com/jompay)  

JompayEdited31Dis

2. Maybank2U             

Maybank latest

3. GoPAYZ Apps   

bayar zakat pulau pinang

Jelas,

Terdapat banyak cara untuk anda bayar zakat Pulau Pinang. Baca tentang cara membayar zakat Kedah di sini.

Kredit: Zakat Pulau Pinang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *