9 Cara Bayar Zakat Wilayah Persekutuan

Terdapat 9 cara yang disediakan untuk membayar zakat Wilayah Persekutuan. Artikel ini menerangkan setiap cara bagi memudahkan urusan anda membayar zakat.

Kaunter PPZ

Untuk membayar zakat Wilayah Persekutuan , anda bole ke pusat pungutan zakat terdekat. Berikut menyeraikan cawangan kaunter zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

7 CAWANGAN PPZ WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

  1. Taman Shamelin Perkasa (Ibu Pejabat)
  2. Cawangan Masjid Negara
  3. Cawangan Kg. Baru (Plaza Rah)
  4. Cawangan Wangsa Maju  (Klsc Wangsa Maju)
  5. Cawangan Ttdi (Masjid At-Taqwa)
  6. Cawangan Utc Pudu Sentral
  7. Cawangan Kepong (Masjid Imam Al-Ghazali)

2 CAWANGAN PPZ WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

  1. Cawangan Presint Diplomatik, Putrajaya
  2. Cawangan Presint 9, Putrajaya

1 CAWANGAN PPZ WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

  1. Cawangan Labuan
bayar zakat wilayah prsekutuan kuala lumpur
Alamat Wisma PPZ. Kredit: PPZ WP

Klik sini untuk mendapat lokasi setiap cawangan.

Portal PPZ-MAIWP

Anda boleh ke portal PPZ untuk membuat kiraan, bayaran dan semakan secara atas talian. Klik link di sini.

Skim Potongan Zakat Bulanan (PZB)

Seperti negeri-negeri lain, anda boleh membayar zakat Wilayah Persekutuan dengan membuat potongan gaji bulanan. PZB adalah satu skim yang membolehkan pembayar zakat membuat potongan zakat secara bulanan / berjadual. Potongan tersebut akan dibuat secara bulanan oleh majikan dan setiap pemotongan tersebut akan tertera di dalam penyata gaji bulanan.

Door to Door

Jika anda tiada masa untuk ke pusat zakat, anda boleh membayar zakat melalui 2 perkhidmatan yang disediakan ini iaitu:

Kaunter Zakat Bergerak

Anda boleh menempah kaunter zakat bergerak di laman web https://www.zakat.com.my/kzb/

Pegawai PPZ bersedia untuk ke rumah, pejabat atau di mana sahaja sekitar Lembah Klang bagi membantu urusan zakat anda. Dengan bayaran minima sebanyak RM 2000 melalui perkhidmatan, anda boleh menempah kaunter zakat bergerak di talian 1 3000 88 5757.

Ride2U

Perkhidmatan ini khas kepada pembayar yang ingin mendapatkan layanan secara personal tetapi tidak ada masa ke kaunter. Pegawai PPZ-MAIWP bersedia di premis, rumah, pejabat atau dimana sahaja bagi membantu menunaikan zakat anda. Jumlah minimum bayaran zakat adalah RM2,000

Setiap pembayar hendaklah memastikan pegawai yang hadir itu memakai vest khas dan mempunyai kad id PPZ-MAIWP untuk mengelakkan penipuan. Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 (Isnin-Jumaat). Untuk Tempahan Pertanyaan : Hubungi talian zakat 1-300-88-5757

Perbankan Internet

Berikut merupakan senarai perbankan internet yang tersediabagi anda membayar zakat Wilayah Persekutuan.

1.OCBC BANKwww.ocbc.com.my
2.AmBankwww.ambg.com.my
3.Hong Leong Islamic Bankwww.hlb.com.my
4.RHB Bankwww.rhbbank.com.my
5.HSBC Bankwww.hsbc.com.my
6.Public Bankwww.publicbank.com.my
7.Cimb Islamic Bank Berhadwww.cimbbank.com.my
8.Bank Islamwww.bankislam.biz
9.Maybank2uwww.maybank2u.com.my
10.Bank Muamalatwww.muamalat.com.my
11.BSNwww.mybsn.com.my
12.Agro Bankwww.agronet.com.my
13.Bank Rakyatwww.irakyat.com.my
14.Affin Bankwww.affinonline.com.my
15.Standard Charteredwww.ibank.standardchartered.com.my
Layari Portal PPZ-MAIWP untuk mengetahui langkah-langkah bagi setiap bank.

E-wallet

Anda juga boleh membayar zakat Wilayah Persekutuan melalui e-wallet seperti Boost, GoPAYZ dan Shopee e-wallet. Caranya amat mudah kerana anada hanya perlu mendapatkan aplikasi e-wallet tersebut di App Store atau Google Play.

Kaunter Bank

Bayaran zakat juga boleh di buat di kaunter-kaunter bank berikut:

  • Bank Islam (M) Berhad
  • Maybank
  • Bank Muamalat (M) Berhad
  • BSN
  • Agro Bank
  • AmBank
  • Bank Rakyat
  • Affin Islamic Bank

Anda juga boleh membayar zakat di Kaunter Angkat seperti Bank Muamalat (M) Bhd Cawangan Sungai Besi, Cawangan Labuan & Bank Islam Malaysia Berhd Cawangan Putrajaya.

Kelebihan Kaunter Angkat

  • Layanan sama seperti membayar di kaunter PPZ-MAIWP.
  • Terdapat akad dan doa semasa membuat bayaran.
  • Boleh membuat taksiran zakat
  • Pemberian cenderahati secara percuma bagi pembayar yang membuat pembayaran zakat.

Kaunter pejabat pos

Anda juga boleh mebayar zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui 63 buah pejabat Pos di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dapatkan Slip Bayaran Zakat yang disediakan di kaunter-kaunter pembayaran.

Terdapat Kaunter Pos Bergerak dan Kaunter Angkat iaitu di Pejabat Pos Suria KLCC & Pejabat Pos Gombak. Kaunter Angkat memberi layanan sama seperti membayar di kaunter PPZ. Terdapat akad dan doa semasa membuat bayaran dan anda juga boleh membuat taksiran zakat.

Ejen PPZ-MAIWP

Terdapat ejen yang dilantik oleh PPZ-MAIWP iaitu

  1. Ejen Firma M.A.T.A (percukaian)
  2. Ejen Firma Audit
  3. Ejen lain-lain

Anda boleh klik link di sini untuk mendapatkan list penuh ejen kutipan zakat yang dilantik.

Semestinya,

Terdapat pelbagai cara yang tersedia untuk anda membayar zakat Wilayah Persekutuan. Diharap artikel ini membantu urusan anda. Baca lebih lanjut tentang cara bayar zakat Selangor di sini.

Kredit: Portal Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *